Monday 28 December 2009

Communications Equipment Certification

1. Frequently Asked Questions on Communications Equipment Certification
2. Listing of Authorised Amateur Radio Equipment Notice No. 01/06/2004

Kayuhan Kangar - Pak Bara - Kangar












Photo di atas adalah sumbangan 9W2XPT

Wednesday 11 November 2009

Siapa 9W2CDE??



Kedengaran audio rakan - rakan yang bertanyakan siapa 9W2CDE? Bila dapat sayap? QTH dimana? Bertugas dimana?

Handle disini Nazri Bin Mat Noor. Tinggal di Taman Desa Sentua, Kangar (berhampiran Jabatan Veterinar, Kangar). Berasal dari Kampung Sena, Kangar manakala isteri berasal dari Behor Mali, Perlis. Mempunyai 3 harmonic, yang sulung perempuan darjah 3, yang kedua dan ketiga, kembar, lelaki dan perempuan, darjah 2, menuntut di Sekolah Kebangsaan Seri Indera.


"kembar tak seiras"

Dulu pernah bertugas di institusi kewangan selama hampir 15 tahun di Kangar, Alor Setar, Pulau Pinang dan KL. Kemudian saya memilih Skim Pemberhentian Sukarela (VSS). Dengan sedikit modal hasil dari pemberhentian tersebut, saya membuka perniagaan kecil. Antaranya wakil insurans kereta motor, insurans nyawa, menjual alatulis, perkhidmatan photostat, mini cyber cafe dan juga beberapa perkhidmatan pembekalan ke beberapa jabatan kerajaan. QTH Saltmine ialah Taman Pertiwi, Seriab, Perlis.

Meminati Radio Ham disebabkan oleh, antara cita - cita saya yang tidak kesampaian ialah untuk menjadi Juruterbang TUDM. Sebab itu saya gemar berambut pendek. He he he ....

Meminati pelbagai aktiviti "outdoor". Tetapi tak aktif dan tak pandai dalam pelbagai jenis sukan. Hanya sekadar berjoging dan mendaki bukit berhampiran rumah sahaja.

Perkara yang tak disukai ialah menghadiri mesyuarat dan "presentation".

Saya diperkenalkan tentang Radio Ham oleh 9W2NBB, rakan sekelas ketika menuntut di Sekolah Derma. Saya menduduki RAE dengan belajar sendiri sambil cuba menjawab soalan yang lepas. Saya menduduki RAE 2008 sesi kedua, dan mendapat sayap pada April 2009 dengan callsign 9W2CDE.

Suara saya tidak jelas sebab saya menghidap Spasmodic Dysphonia. Saya perlu dimasukkan ke bilik bedah untuk suntikan dibahagian dalam kerongkong setiap 6 bulan di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia, Bandar Tun Razak, Cheras, KL. Untuk mengetahui tentang penyakit ini sila lawati keseluruhan kandungan blog ini.


9W2CDE QRT 73 .... Cherio ....

Thursday 3 September 2009

Keputusan RAE 2009-1

Pihak SKMM telah mengeluarkan keputusan RAE 2009-1. Sila klik disini untuk membuat semakan. Tahniah kepada yang berjaya. Kepada yang gagal, cuba lagi...

Friday 7 August 2009

Siti Aishah Telah Ditemui

Siti Aishah binti Hassim 19, yang hilang di Kem Rekreasi 02hb Ogos lalu semasa mengikuti latihan Kembara telah ditemui lewat petang ini. Beliau ditemui oleh penduduk kampung, dalam keadaan terdampar di Sungai Perak berhampiran tebing kampung Semat, Manong daerah Kuala Kangsar dalam keadaan tidak bernyawa lagi. Jenazahnya telah di bawah ke Hospital Kuala Kangsar untuk pemeriksaan lanjut.

Sumber : http://9w2ipt.blogspot.com/2009/08/berita-terkini-siti-aishah-di-temui.html

Tuesday 4 August 2009

Rakan Radio Amatur Membantu Operasi Menyelamat di Kampung Guar

Sejumlah 10 Stesen Radio Amatur Perak turut membantu Operasi Mencari dan Menyelamat gadis hilang di Kem Rekreasi, Kampung Guar, Kuala Kangsar, Perak pagi ini. (Siti Aishah Hassim hilang semasa Kembara Subuh)

Dalam kejadian itu seorang gadis peserta Kembara Biro Tata Negara (BTN) Siti Aishah Hassim dari Selangor didapati hilang semasa aktiviti kembara berjalan subuh yang dimulakan kira-kira jam 2 pagi dikem berkenaan pada ahad lepas. Sejak itu gerakan untuk mengesan dan menyelamat telah dijalankan oleh pasukan beruniform / keselamatan, unit anjing, unit penerbangan PDRM, orang-orang kampung serta rakan-rakan radio amatur tempatan. Bilangan rakan radio amatur kian bertambah sehinggalah pagi ini, 10 stesen turut membantu dalam operasi berkenaan disamping itu 9W2PHJ menyediakan dua khemah untuk menampung kegunaan operasi tersebut.

Frekuensi yang digunakan khas untuk Radio Amatur 145.275 Mhz (V22) dan rakan-rakan Rakan Amatur yang ingin mengetahui perkembangan terkini bolehlah memantau di frekuensi tersebut.

Sumber : http://9w2ipt.blogspot.com/2009/08/rakan-ra-bantu-operasi-penyelamat-di.html

Thursday 30 July 2009

Bila Nak QSO??

Ada rakan - rakan bertanya bila nak QSO?

Boleh dikatakan selalu saya memegang PTT dan sebelah tangan lagi memegang handset saya yang bersedia untuk merakamkan suara saya. "9w2xxx this is 9w2cde standing by" tanpa menekan PTT, hanya sekadar menguji suara saya. Kemudian saya mendengar kembali melalui hand set. Negative.. Negative rakan rakan. Suara saya sukar difahami. Lebih baik tunggu dulu. Nanti rakan rakan tak QSL. Atau mungkin rakan rakan akan cuba membetulkan antenna.

Dari pengalaman saya suntikan saya yang baru lalu (awal Jun 2009) kurang berkesan. Tapi tak pa, suatu hari nanti, insyaallah saya akan QSO. Tangan saya dah gatal gatal nak tekan PTT ni.

Thursday 25 June 2009

Pengalaman Saya Menghidap Penyakit Spasmodic Dysphonia

Saya dilahirkan sempurna tanpa sebarang masalah suara.

Penyakit saya mulai dikesan (ketika itu berusia 29 tahun) apabila Datuk Dr Hj Osman (Klinik Dr Hj Osman, Kangar) merujuk saya kepada Pusat Pakar Utara (sekarang KMC). Dr Sammy (PPU) merawat saya hampir setahun, kemudian merujuk kepada pakar ENT, Hospital Alor Setar, yang merawat dengan kaedah Speech Therapy. Dalam masa yang sama saya mendapatkan Second Opinion dari Dr Salim, Pakar Saraf, Hospital Tawakal (doktor yang sama merawat Tan Sri S.M. Salim). Beliau mengesahkan ianya berkaitan saraf setelah melakukan scan hampir 4 jam, bagaikan berada didalam keranda, kepala diikat. Lebih kurang dua bulan selepas itu Pakar ENT, Hospital Alor Setar merujukkan saya kepada Hospital UKM, Bandar Tun Razak. Doktor yang mengendalikan kes saya ialah Prof Dr Abdullah Sani Mohamed, ketua Jabatan ENT. Seorang pakar yang sangat saya sanjungi. Kemana beliau pergi, berduyun duyun doktor dan penuntut fakulti perubatan mengekori beliau. Senantiasa menghubungi saya melalui talipon bertanyakan khabar. Semoga jasa beliau, doktor-doktor dan kakitangan yang terlibat dilimpahkan rezeki dan diberkati Allah.

Temu janji pertama saya dipertemukan dengan rakan senasib, seramai 5 orang termasuk saya. Seorang darinya polis Cawangan Semboyan dari Port Dickson, kemudian seorang peniaga dari Klang, seorang lagi pekerja kilang, dan seorang lagi Consultant yang baru memulakan kerjaya dua tahun ketika itu. Bapa gadis yang bekerja sebagai Consultant itu adalah Pakar Bedah.

Dalam keadaaan suara yang tak nak keluar itu, suara kami dirakam, pelbagai soalan dari pakar, doktor doktor dan pelajar perubatan juga. Kami juga berbual diantara rakan senasib. Keadaan yang sangat melucukan. Seingat saya hampir 3 kali temujanji, kami semua ditemuramah oleh wartawan. Macam VIP pula.

Sehingga tahun 2005, saya disuntik dengan Botulinum Toxin (Botox) melebih 20 kali, setiap 3 bulan. Suntikan ini bagi saya amat menyeksakan, jarum yg digunakan panjang (doktor memanggilnya "Blue Needle"), untuk mencapai voice cord jarum itu perlu dibengkok semasa doktor menusuknya ke leher. Saya tidak dibenarkan menelan air liur, batuk, berdehem. Selalunya sukar untuk saya menahan sakit, biasanyanya saya akan tertelan air liur juga. Apabila saya menelan air liur jarum akan bergerak dan tersasar. Jika ini berlaku, doktor akan mencabut dan mengulangi prosedur ini semula. Biasanya saya disuntik hampir 13 kali pada setiap sesi kerana saya selalu tertelan air liur dan juga kesukaran untuk doktor mencari sasaran. Suntikan ini jika berjaya dilakukan amat memedihkan. Biasanya selepas melakukan prosedur ini saya akan tersedak apabila saya makan nasi dan minum air selama 3 hari. Untuk melihat prosedur itu sila klik disini.


"bukan gambar saya, tetapi teknik yang sama"


Pada tahun 2006, Prof Dr Abdullah Sani mencadangkan supaya saluran tiub seperti soket dibuat dikerengkong saya supaya mudah untuk disuntik. Semasa hari temujanji, saya dimasukkan ke Ward Surgeri 7, HUKM. Ujian darah, ECG, pemeriksaan perubatan dilakukan untuk memastikan saya sihat. Pesakit didalam ward itu semuanya boleh dikatakan kritikal kecuali saya. Saya ditolak ke Operation Theatre lebih kurang pukul 9am. Selepas sedar, isteri sudah ada disebelah dan jam menunjukkan pukul 1.00pm. 4 jam berlalu. Sebaik saya sedar terasa amat memedihkan terutama apabila tertelan air liur. Doktor memberi suntikan Morfin untuk menghilangkan kesakitan, lalu tertidur lagi sehingga 6 pm. Apabila terjaga kesakitan sudah berkurangan, tetapi saya tak dapat minum dan makan kerana sakit. Drip saya tidak dicabut sehingga saya dapat makan dan minum keesokan harinya. Hampir 4 hari saya makan bubur nasi saja. Itupun sekadar mengalas perut saja.

Tiga bulan selepas pembedahan, saya ke HUKM untuk pemeriksaan. Tetapi malangnya tiub yang dimasukkan telah tertutup sepenuhnya, menyebabkan ia gagal berfungsi. Suntikan tak dapat dilakukan melalui tiub tersebut.



"gambar saya"


Sekarang saya mendapat suntikan botox dikerengkong melalui mulut. Menurut Doktor teknik ini lebih mudah sebab saya dibius sepenuhnya. Melalui teknik ini saya perlu disuntik setiap 6 bulan.

Saturday 13 June 2009

Apparatus Assignment Amateur Service Form

The latest "Apparatus Assignment Amateur Service Form" download here.

Friday 12 June 2009

Senarai Repeater

Senarai Repeater ini saya dapat dari blog 9W2YON.
Kredit untuk beliau atas usaha murninya.

Untuk download sila click disini

Saturday 6 June 2009

My Dream Rig - Yaesu VX-8R

Product Information

The Yaesu VX-8R HT provides a full 5 watts FM on 50/144/430 MHz plus 1.5 watts on 222 MHz. It supports Blue Tooth hands-free operation with the optional BU-1 and BH-1 or BH-2 accessories. There is also an optional GPS unit and antenna with loads of features. This radio supports APRS 1200/9600 bps data communication (B band only). Like the VX7R, the VX8R is submersible and meets IPX57 specifications (3 feet for minimum of 30 minutes). A powerful 7.4 V 1100 mAh Lithium Ion battery is included. An optional 3 x AA battery cell case will be offered soon. This HT is small, only 2.36 x 3.74 x 0.92 inches (thinner than VX-7R). It supports simultaneous independent 2-signal dual receive function with both V + V or U + U. It has weather band receive with Weather Alert. A barometric sensor is included. You can even operate Amateur radio while receiving FM broadcasts! The receive coverage is wider than VX-7R, with an independent AM/FM broadcast receiver circuit. The dot matrix LCD display provides Memory tag up to a maximum of 16 characters. You even get a high-resolution Spectrum Analyzer with ±60 channels indication with wave monitoring of received/modulated signal! And DCS and CTCSS encode and decode is included.

Price: RM1870.00

Komen Dari Orang Baru 9W2CDE

He he he... Ini dah macam kereta mewah...

Friday 5 June 2009

My First Mobile Rig - Yaesu FT8800R

Product Information

144/430 MHz Dual Band FM Transceiver
If you're ready for the best in a Dual-Band FM Mobile Transceiver, the FT-8800R is ready for you! With easy operation, outstanding receiver performance, and crossband repeat capability, the FT-8800R is the new standard of comparison!!

Wide Frequency Coverage

The FT-8800R provides extended receiver coverage beyond the Amateur bands, so you can keep informed of communication activities in the public safety, commercial, aircraft, and government communications ranges.

Independent Two-Channel Operation

The FT-8800R operates as two radios in one, with either 144 MHz or 430 MHz as the “Main” TX/RX band, while simultaneously monitoring the other band. Each band has its own Volume and Squelch controls. And, if you like, you can configure your FT-8800R for VHF-VHF or UHF-UHF operation, too!

High Power Output

To get your message through when it counts, the FT-8800R puts out a full 50 Watts of power on the 144 MHz band, and 35 Watts on 430 MHz. A thermal sensor monitors heat sink temperature, engaging the rear panel’s cooling fan only when needed.

Over 1000 Memory Channels

The FT-8800R provides a wide variety of memory resources, including 512 "regular" memories on each band, five "Home" channels for favorite frequencies, ten sets of band-edge memories on each band, and six "Hyper Memories" that store complete sets of transceiver operating status configuration.

Large, Easy-to-Read Liquid Crystal Display (LCD)

Affording easy viewing from a wide range of viewing angles, the LCD of the FT-8800R features Yaesu’s renowned Omni-Glow™ display illumination, with four illumination levels available for different environments. You’ll marvel at the crystal-clear frequency display and status indicators, whether you’re operating night or day!

Cross-Band Repeat Capability

For emergency work, or to extend the range of a hand-held unit, the FT-8800R includes Cross-Band Repeat capability, similar to that pioneered on our popular FT-8100R Dual Band FM Mobile!

One-Touch Band-Pattern

To save valuable time while operating a transceiver with the capability of the FT-8800R, the “Hyper Memory” feature allows you to store a complete set of configuration data for the two bands on which you’re operating. Besides the usual storage of frequency and tone data, Hyper Memory will store such setup parameters as Automatic Repeater Shift status, Packet parameters, Scanning mode, and VFO tracking configuration.

50-Tone CTCSS/104-Tone DCS (Digital Code Squelch) Tone Systems

Providing excellent performance even under difficult link conditions, Yaesu’s 50-tone sub-audible CTCSS and 104-tone DCS signaling systems ensure that you have full access to repeater and remote-base inputs, and the built-in CTCSS/DCS decoders allow silent listening on busy channels. Plus you get Tone Search Scanning, which will scan for the tone being received on an incoming signal, allowing you to match tones quickly when operating on a new repeater system.

User-Programmable Microphone Keys

Four programmable keys on the microphone allow you one-touch access to your favorite command functions. The commands available from the microphone replicate the corresponding front panel key functions, and include Band Change, VFO/Memory switching, Home Channel access, 1 MHz frequency steps, Power Output selection, Repeater Reverse, and CTCSS/DCS setup. Customize your microphone for your personal operating style!

Convenient Remote-Head Mounting Capability

With the FT-8800R and its optional YSK-8900 Separation Kit, mounting your radio is a breeze even in the tightest locations. The YSK-8900 includes a 20-foot (6 m) remote cable and mounting bracket for the front panel.

Download

Brochures FT-8800 Brochure ( 308.32 KB )
Manuals FT-8800R.pdf ( 1.39 MB )


Komen Dari Orang Baru 9W2CDE

Kelebihan Radio ini ialah Dual Band VHF dan UHF. Boleh berkomunikasi dengan Radio FRS. Jadi FRS yang dalam koleksi saya boleh digandingkan dengan radio ini. "Operates as two radios in one" boleh beroperasi menggunakan dua channel serentak. Tetapi dalam satu satu masa kita boleh transmit hanya satu channel saja. Yang satu channel lagi tu monitor saja. Dengan menggunakan Sirio Antenna 2070R saya dapat monitor pancaran dari pesawat dan airport, lori, rescue, ambulan dan banyak lagi. Saya berpuas hati dengan radio ini tetapi sedikit kesalan sebab dengan perbezaan harga yang sedikit sahaja saya boleh memiliki YAESU FT-8900R yang mempunyai kelebihan yang lebih banyak lagi.

My First Handy - Icom V85



Product Information

The Icom IC-V85 offers sophisticated 2 meter performance in a stylish package. Enjoy up to 7 watts of output. Extended receive is 136 to 174 MHz. Enjoy built-in CTCSS/DTCS Encode and Decode. 107 memory channels are featured including 6 scan edge and 1 call. Multiple scan types are available. There are also 16 DTMF memory channels. Other enhancements include: weather channel alert (USA version), backlit alpha display, backlit keypad, repeater lock-out, auto-repeater function, time-out timer and auto power off. There is also a cool pager function available when the optional UT-108 is installed. The V85 has easy to use controls and impressive specifications.


Komen Dari Orang Baru 9W2CDE

Sudah hampir setahun saya menggunakannya. Saya berpuasa hati dengan radio yang direkomenkan oleh Abang Syukor 9M2SY. Kelebihannya ialah baterinya tahan lama dan boleh di transmit dengan menggunakan kuasa maximum 7 watts. Tak banyak handy yang mempunyai kuasa maximum 7 watts, kebiasaannya 5 watts saja. Penerimaannya jelas. Selain dari tu dengan menggunakan antena Slim Jim saya dapat menerima pancaran dari TNB, Rescue 911 dan Ambulan. Bolehlah dapat maklumat tambahan tentang kemalangan yang berlaku dikawasan lokalan saya. Tetapi hanya sekadar monitor saja.