Monday 4 January 2010

Teknik Memotong Antenna Diamond MC101

Sudah potong ka??

Tahukah anda, jika anda menggunakan antenna Diamond MC101, anda perlu potong bahagian bawah antenna itu. Jika tidak SWR antenna anda akan menunjukkan bacaan tinggi dan akan mengakibatkan kerosakan keatas radio anda.

Saya menggunakan teknik memotong berkali kali sebab saya telah kehilangan "Cutting Chart" yang disertakan bersama antenna. Jika anda memiliki "chart", teruskan pemotongan dengan berpandukan "chart" tersebut. Tetapi jika anda risau kemungkinan memotong melebihi hadnya, ikut saja teknik saya.

Peralatan yang diperlukan ialah:

1. Alat pemotong, saya menggunakan "grinding" cap ayam yang telah ditukarkan kepada carbon yang boleh memotong besi.

2. "Jam Plyer" atau sebarang alat yang boleh memegang antenna semasa proses pemotongan.

3. "Allen Key" saiz 2 untuk membuka dua skrew dibahagian bawah antenna.

4. Pembaris untuk tujuan mengukur.

5. Jika anda menggunakan "grinding", sila gunakan "goggles" untuk keselamatan mata anda.

6. SWR meter.

7. Jumper Cable.

8. Radio.

9. Pen dan kertas.


Langkah - Langkah

Selepas semua peralatan tersedia, tanggalkan rod antenna dengan membuka 2 skrew dengan menggunakan allen key.

Ukur dan tandakan tempat yang hendak dipotong dengan menggunakan "jam plyer"

Pakai goggles atau sebarang alat perlindungan mata dan potong antenna sebanyak mana yang diperlukan.

Pasang semula antenna tersebut.



Pasang cable antenna ke swr meter, dan jumper cable ke radio anda.






Tolakkan suis "function" ke "cal", setkan radio anda ke "frequency" yang hendak diuji, tekan PTT dan laraskan jarum penunjuk seperti gambar dibawah.




Lepaskan PTT dan ubah suis "function" ke "SWR" dan tekan semula PTT.

Baca bacaan pada SWR dan catitkan seperti yang saya catitkan disekeping kertas seperti gambar diatas.

Ulang semula langkah diatas sehingga bacaan SWR mencapai ke tahap yang terbaik.





Untuk pengetahuan saya telah memotong sehingga 6.175 inci dengan bacaan SWR 1.30 pada frequency 144.000, 1.05 pada frequency 146.000 dan 1.25 pada frequency 148.000.

Pemotongan terakhir sepanjang 0.05 inci telah menyebabkan bacaan SWR meningkat 0.05 pada frequency 144.000 dan 148.000. Selepas antenna diketatkan bacaan SWR meningkat 0.05 lagi pada frequency 144.000 dan 148.000. Walau bagaimana pun bacaan SWR pada frequency 146.000 kekal pada 1.05.

Hasil dari kerja diatas, saya telah membuat kesimpulan bahawa pemotongan yang baik ialah sepanjang 6 inci.

Untuk pengetahuan saya menghadapi kesukaran untuk mendapatkan gambaran dan rujukan tentang teknik memotong antena ini, sebab itulah saya memuatkan sedikit panduan untuk rujukan rakan rakan baru seperti saya ini.

Terima kasih kepada Rakan Ham Perlis, yang memberi nasihat tentang teknik memotong antenna semasa eyeball. Jika ada kesilapan atau kekurangan sila komen untuk diperbetulkan, sebab saya masih baru didalam Radio Amatur ini.

9w2cde 73 ....