Wednesday 11 November 2009

Siapa 9W2CDE??



Kedengaran audio rakan - rakan yang bertanyakan siapa 9W2CDE? Bila dapat sayap? QTH dimana? Bertugas dimana?

Handle disini Nazri Bin Mat Noor. Tinggal di Taman Desa Sentua, Kangar (berhampiran Jabatan Veterinar, Kangar). Berasal dari Kampung Sena, Kangar manakala isteri berasal dari Behor Mali, Perlis. Mempunyai 3 harmonic, yang sulung perempuan darjah 3, yang kedua dan ketiga, kembar, lelaki dan perempuan, darjah 2, menuntut di Sekolah Kebangsaan Seri Indera.


"kembar tak seiras"

Dulu pernah bertugas di institusi kewangan selama hampir 15 tahun di Kangar, Alor Setar, Pulau Pinang dan KL. Kemudian saya memilih Skim Pemberhentian Sukarela (VSS). Dengan sedikit modal hasil dari pemberhentian tersebut, saya membuka perniagaan kecil. Antaranya wakil insurans kereta motor, insurans nyawa, menjual alatulis, perkhidmatan photostat, mini cyber cafe dan juga beberapa perkhidmatan pembekalan ke beberapa jabatan kerajaan. QTH Saltmine ialah Taman Pertiwi, Seriab, Perlis.

Meminati Radio Ham disebabkan oleh, antara cita - cita saya yang tidak kesampaian ialah untuk menjadi Juruterbang TUDM. Sebab itu saya gemar berambut pendek. He he he ....

Meminati pelbagai aktiviti "outdoor". Tetapi tak aktif dan tak pandai dalam pelbagai jenis sukan. Hanya sekadar berjoging dan mendaki bukit berhampiran rumah sahaja.

Perkara yang tak disukai ialah menghadiri mesyuarat dan "presentation".

Saya diperkenalkan tentang Radio Ham oleh 9W2NBB, rakan sekelas ketika menuntut di Sekolah Derma. Saya menduduki RAE dengan belajar sendiri sambil cuba menjawab soalan yang lepas. Saya menduduki RAE 2008 sesi kedua, dan mendapat sayap pada April 2009 dengan callsign 9W2CDE.

Suara saya tidak jelas sebab saya menghidap Spasmodic Dysphonia. Saya perlu dimasukkan ke bilik bedah untuk suntikan dibahagian dalam kerongkong setiap 6 bulan di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia, Bandar Tun Razak, Cheras, KL. Untuk mengetahui tentang penyakit ini sila lawati keseluruhan kandungan blog ini.


9W2CDE QRT 73 .... Cherio ....