Anak Perlis. Pernah bekerja di BBMB Kewangan Berhad, KL, Sungai Petani, Kangar, ALor Setar; Bumiputra Commerce Finance Bhd, Alor Setar, Kangar, Seberang Jaya dan Petaling Jaya; Sekarang menjalankan perniagaan Insurans / Takaful di Kangar, Perlis.
Mula mengetahui tentang Radio Amatur semenjak dibangku sekolah lagi, apabila mendengar wawancara khas di Radio Nasional, RTM. Memulakan hobi dengan memiliki sepasang Radio FRS pertama berharga RM950 pada tahun 2000, diikuti sepasang FRS Panasonic RM450 dan sepasang FRS Motorolla RM650. Pada tahun 2007 berjumpa rakan sekolah, 9W2NBB dan memperkenalkan Radio Amatur. Tahun 2008 membeli Radio pertama Icom V85 dari blog Abang 9M2SY. Dengan bantuan nota dan contoh soalan RAE dari 9W2NBB dan 9M2SY, saya menduduki Radio Amateur Examination sesi 02/2008 dan lulus. Pada April 2009 mendapat sayap dengan callsign 9W2CDE. Tapi hingga sekarang Log Book saya masih kosong kerana saya seorang pesakit Spasmodic Dysphonia semenjak tahun 2000. Spasmodic Dysphonia ialah penyakit saraf. Saraf yang menyambungi peti suara dan otak. Ia menyebabkan suara saya bermasalah dan memerlukan suntikan setiap 6 bulan di HUKM. Insyaallah selepas setiap kali suntikan saya akan QSO.
No comments:
Post a Comment