Tuesday 4 August 2009

Rakan Radio Amatur Membantu Operasi Menyelamat di Kampung Guar

Sejumlah 10 Stesen Radio Amatur Perak turut membantu Operasi Mencari dan Menyelamat gadis hilang di Kem Rekreasi, Kampung Guar, Kuala Kangsar, Perak pagi ini. (Siti Aishah Hassim hilang semasa Kembara Subuh)

Dalam kejadian itu seorang gadis peserta Kembara Biro Tata Negara (BTN) Siti Aishah Hassim dari Selangor didapati hilang semasa aktiviti kembara berjalan subuh yang dimulakan kira-kira jam 2 pagi dikem berkenaan pada ahad lepas. Sejak itu gerakan untuk mengesan dan menyelamat telah dijalankan oleh pasukan beruniform / keselamatan, unit anjing, unit penerbangan PDRM, orang-orang kampung serta rakan-rakan radio amatur tempatan. Bilangan rakan radio amatur kian bertambah sehinggalah pagi ini, 10 stesen turut membantu dalam operasi berkenaan disamping itu 9W2PHJ menyediakan dua khemah untuk menampung kegunaan operasi tersebut.

Frekuensi yang digunakan khas untuk Radio Amatur 145.275 Mhz (V22) dan rakan-rakan Rakan Amatur yang ingin mengetahui perkembangan terkini bolehlah memantau di frekuensi tersebut.

Sumber : http://9w2ipt.blogspot.com/2009/08/rakan-ra-bantu-operasi-penyelamat-di.html

1 comment:

  1. tahniah buat rakan2 yg terlibat dlm usaha mencari dan menyelamat tersebut..doa sy smuga semua usaha rakan2 diberkati Allah SWT

    ReplyDelete